BLOGGER TEMPLATES AND FACEBOOK 1CLICK

Feb 25, 2010

anda usul..saya sukahati menjawab

assalamualaikum..di awal pagi yang sunyi aku tertaip taip lagi..hehe..kali ni untuk ape yang aku rasa umum perlu tahu dan ada pada diri masing-masing..ini cerita soal dunia, bukan soal pahala dosa..soal syurga neraka..yang itu semua hanya yang maha berkuasa tentukan..kita boleh terus berdoa dan yakin akan apa yang kita lakukan atas muka bumi ini adalah sesuatu yang berguna..untuk agama, bangsa dan juga semuanya..

kalau kita cakap pasal agama, ramai nak jadi hero..ramai yang berani mengeluarkan fakta dan berlawan sesama dakwaan asing yang jarang didengar..aku pun taknak pergi jauh..cukup ape yg direpotkan dalam media sekarang..bekas mufti lawan bekas pegawai agama..kalau org awam menilai cukup terang..mereka sekadar menggunakan hujah yang diyakini di pihak yang benar..namun semua urusan ini mereka anggap sebagai jalan untuk kebaikan..jalan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t

kalau fikir soal bangsa, org awam lebih terjerumus ke arah perkataan inggeris yang disebut "racist"..tanpa byk pihak sedar, pembawakan diskusi yang membawa ke arah racist ni jugak byk yg jelek..maksud aku senang..kalau dibawa diskus di tempat public sesuatu yang boleh membuatkan org lain terasa boleh dianggap racist walaupun niat kita murni..suci dan bersih sekadar meminta pendapat dan mengumpul idea..itu bagi aku ade bagus dan ade banyak aib jugak..aku tak pernah letak hukum..penulisan ini pun sekadar idea aku dan hadiah aku untuk korang semua..pembaca yang ingin membuka minda..sat lagi aku bagi contoh..

secara general, kalau aku ade sebuah empangan yang hak miliknya aku seorang..aku berbangga berkongsi sumber air itu kepada mereka yang memerlukan, selagi bekalan itu cukup untuk diri aku sendiri..dapat tangkap poin kat sini..bermakna, pengguna yang aku salurkan air itu juga dapat merasa air daripada empangan aku dan aku berbangga dapat menyalurkan kebaikan kepada yang memerlukan..sama juga bile org cube melaga-lagakan sesuatu kaum..kadang2 kita sendiri tanpa sedar mengata itu ini.."hey kau org hulu, ape kau tahu".."eleh kau org bandar, ko pandai ke masuk2 hutan ni semua"..hey org2 semua..kat mane je kamu diwujudkan, kamu dilahirkan bukan untuk hebat kesemuanya..dan jangan sesekali rase tertekan dengan dakwaan org..

ok aku cuba untuk berterus terang..untuk aku mengatakan aku benci akan sesuatu sangat susah bile akal aku bertindak waras..tapi kalau aku terus berkias susah untuk org faham..aku senang mcm inilah..bile rakyat kelantan rasakan diri mereka bukan sebahagian dr mesia..aku ckup terasa..cara aku senang..aku balas balik, "aku pun menyesal kenape negeri aku masuk malaysia..kalau tak rakyat2 aku dah lame ade kerja..takdelah duk org luar je penuhkan kuota jadi pekerja kat sini"..hey hey, ini contoh sahaja..tak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati ok..kadang2 susah untuk berterus terang..org akan salah faham..tp terlalu berkias lagi mengundah padah bahaya malapetaka semua..hahaha..kalau anda dapat tangkap entri aku kali ni alhamdulillah..walhal berkata kata dengan ayat agama pun org boleh katakan cube mempersendakannya..inikan kite, kitekan manusia..yakin untuk segalanya..kerana itu kite perlukan nakhoda..untuk memimpin kita ke suatu pengadilan sempurna..

untuk sahabat, taulan aku sekelian..anda ada cara dan minda yang lebih daripada ini..mungkin cara aku berbeza..aku bertindak bukan dengan cara menegur..aku cube bagi perasaan yang sama untuk sesuatu perkara..selebihnya Dia yang menilai itu semua..semoga aku berubah kepada yang lebih baik untuk hari ke hari yang mendatang..yang baik daripada Allah s.w.t, yang buruk dari khilaf manusia itu sendiri..saya, anda dan makhluk seumpamanya..wallahualam

0 insan tak terkata: