BLOGGER TEMPLATES AND FACEBOOK 1CLICK

Apr 11, 2010

credit to Berita Harian (April 11, 2010)

Kawasan Kinabalu, Kuching dicalon sebagai geopark Unesco

LANGKAWI: Kawasan Kinabalu di Sabah dan kawasan Kuching di Sarawak akan dicalonkan untuk diiktiraf sebagai geopark kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Anggota Jawatankuasa Unesco Global Network Of National Geoparks (GGN), Prof Mohd Shafeea Leman, berkata kawasan Kinabalu meliputi Gunung Kinabalu dan sebahagian daerah Ranau yang mempunyai bekas lombong tembaga terbesar di Malaysia manakala Kuching meliputi Gunung Santubong dan daerah Bau yang terdapat banyak batu kapur serta Sungai Sarawak.

"Kedua-dua destinasi itu sedang dalam proses penyediaan kertas kerja untuk dikemukakan kepada Unesco," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, beberapa pihak akan terbabit dalam penyediaan kertas kerja seperti Taman-taman Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan pihak berkuasa di Sarawak.

Katanya, pencalonan itu akan dihantar selepas kertas kerja yang disedia diteliti. Bagaimanapun tarikhnya tidak dipastikan.

Pencalonan itu akan menjadikan Kinabalu dan Kuching sebagai geopark kedua dan ketiga manakala Langkawi Global Geopark, yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara mendapat pengiktirafan dari Unesco pada Jun 2007.

Mohd Shafeea yang juga pengerusi Persidangan Antarabangsa UNESCO Geopark ke-4 berkata, seramai 400 perwakilan dari 44 negara termasuk Malaysia akan menyertai persidangan empat hari di Awana Porto Malai di sini mulai esok.
Katanya, China yang mempunyai lebih 20 geopark menghantar peserta paling ramai dengan hampir 200 orang menyertai persidangan dua tahun sekali.

Sebelum ini, persidangan ketiga diadakan di Jerman.

Beliau berkata, Langkawi Global Geopark adalah geopark bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah bagi persidangan kali keempat itu yang akan membentangkan 155 kertas kerja.

Katanya, persidangan kali ini istimewa berbanding sebelum ini kerana ia bukan semata-mata pertukaran pendapat malah aktiviti yang diadakan lima dalam satu.

"Peserta berpeluang menyaksikan pesta Global Geopark yang mempamerkan 64 global geopark dari 19 negara mulai semalam untuk mempromosi geopark masing-masing," katanya. - Bernama

p/s: gambar di bawah ade kene mengena sikit lah psal tesis bsc aku..walaupun mungkin x involve direct..at least ade la jugak ke arah memartabatkan industri pelancongan tempatan kan..hehe

0 insan tak terkata: