BLOGGER TEMPLATES AND FACEBOOK 1CLICK

Nov 16, 2019

Journey To Recovery

Hello hai... Assalamualaikum..

Lama dah nak simpan momen momen lalu untuk recovery diri sendiri. Agak mainstream sebenarnya duk flashback benda benda lama. lagi lagi nak upkan sesuatu yang dianggap kebanggaan sendiri....

Tapi itulah, antara perkara yang boleh polish balik jiwa, menguatkan ingatan, mengukuhkan lagi akal adalah menulis kembali momen momen yang boleh dijadikan satu abstrak. Paling tidak pun untuk analitik hasil.. Sebab itu wujudnya psikologi kehidupan.. Manusia or even apa yang sains gambarkan, apa yang berlaku pada kita sekarang adalah gambaran apa yang pernah berlaku pada masa lampau..

Banyak momen nak share, tapi untuk kali ini biarlah sampai sini dulu..

tasabar nak start pada posting akan datang.

Challoooooo

Aug 7, 2012

U Drive Me Crazeh



This one craziyeh..tangkap syahdu berlondehkan cecair sinus okeh..get ready, take a deep breath..layannn..another piece from PETepet..simply brilliant..

Aug 6, 2012

Remedial Appliance

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.
 
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam..
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

- oh well ak copy paste je from sumwhere..a good story indeed..jumpe lagi wassalam..

Jul 31, 2012

Ke Mana Hilangnya Rangga

uhuk uhuk, (masuk2 entri bt2 batuk lak kenn)..

assalamekom uolss2 sume, sorrylah ak lame mninggalkan dunia mengadap skrin ngan tenet ni..kalo dulu2 bos kat opis garang mcm rimau..skrg ni pulak duk mengadap mende2 baru..main tenet pun kdg2 sempat jengok2 laman org lain je..

plusss i'm quite bz...yeah alasan lapuk yg ak sendiri pun mencik bila org duk ulang2 alasan ni..haha..entri ni sekadar menghidupkan kembali dan ak pun tak pasti bertahan utk berapa lama pulak utk kali ni..

 btw, selamat berpuasa muslimin dan muslimat sekalian..berjuanglah anda di hari penuh berkat ni, sama2 melipat gandakan usaha ke arah jalan Allah, ftw..

itu sajaaaaa, wassalammm..

Nov 9, 2011

Time To Scroll Down

ALAMAKKK..dah lame tinggal lahh..hai uolss, assalamekom..

at last i had time to share sum thing here kann..but my idea just not come out..takpe lah, ak try lah tgk dpt type bpe patah perkataan utk hr ni..hehe

ok since my birthday day lame gone, ak nk share jgaklah sikit ape yg special utk birthday moment taun ni..ak rase lah kan, kasih syg my luvly wife ni dah takleh nk balas ngan ape2 agi dah..she deserve better yo..and i the lucky man on earth..x yah tulis pjg2 lah kan..see the photo below pun korg leh tau apesal ak appreciate sgt surprise present taun ni..



ok dah ak nk masuk chapter sterusnya lak ni..and start our gateway to bali..last minute on ni..at first ak day mmg rase 99% akan cancel/burn cmtu je plan kitorg..tapi kuasa Allah dan qada dan qadar tu xde sape pun tau kan..so just simple plan, on limited time..just packed and fly there..ak share lah satu moment yg best n sempat ak capture during our vac kt sana..enjoy!!



ok masuk chapter ketiga lak..cite psal career pulokss..hehe..so today masuk sebulan dh ak kat company skrg..laani tgh training pun with all my batch includes all the new staff around asia region..so ak mcm biasa lah..rase kerdil..terasa lambat gile nk pickup ilmu2 yg baru ni..and day by day makin byk nk kn fhm..konsep, calculation..aishhh..ade test and towards d end akan ad assessment kot..so ak dpt la one set of all the stuff during my first day here..



oklah..dah ckup 3 isi kann..boleh masuk bab penutup dahh..ak pun nk konon2 review ape yg belaja hr ni..ape yg nk kene prepare utk esok..psal tiap2 pg instructor akan plih sorg dtg depan review balik ape yg dah belajar untuk hari smlm punye..so till now, hope to see uolss again soon..wassalam

Aug 27, 2011

Doa Buat Kekasih

Assalamualaikum..

Hari ni I nak share doa2 adik2 yg nk kawen..heha heha..here we go:

Sahih Bukhari, Book 75: Volume 8, Number 397:

The Prophet said, "If anyone of you, when intending to have a sexual intercourse with his wife, says: 'Bismillah, Allahumma jannibna-sh-shaitan, wa jannibi-sh-shaitan ma razaqtana,' and if the couple are destined to have a child (out of that very sexual relation), then Satan will never be able to harm that child."

Doa Ketika Melihat Bayi Baru Lahir

Innii u’iidzuka bikalimaatillaahit taammati min kulli syaythaanin wa haammatin wamin kulli ‘aynin laammatin.

Artinya : Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang Sempurna dari segala gangguan syaitan dan gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya. (HR. Bukhari)

--hmm, takpun guna pakai yg ni terus

Kepada bakal2 pengantin dan yg sudah bergelar pengantin..Suami dan isteri kedua-dua perlu menitik beratkan adab dan sopan x kira apa jua yg mereka lakukan termasuklah PERSETUBUHAN..berkaitan bab persetubuhan ini kadang2 kite terlupa perkara2 yg patut kita ambil tahu untuk mencapai KEPUASAN.
Dalam Islam, ada beberapa ADAB yg perlu difahami/dilakukan dalam persetubuhan iaitu :-

MERAYU dan BERCUMBU:
Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.
Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.

TELANJANG BULAT:
Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keldai.
Hadits Riwayat Tabrani.

MENYETUBUHI DUBUR:
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.
Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'i dari Abu Hurairah.

DOA SEBELUM BERSETUBUH:
"Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa".
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaithan serta jauhkan pula syaithan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.

Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata:
Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya.
Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.

HAMPIR KELUAR MANI:
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini:
"Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa'i basyara".
Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.

PUTUS DITENGAH JALAN:
Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan). -- Hadits Riwayat Ibnu Addi.

MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENONGGENG):
Dari Jabir b. Abdulah berkata:
Bahawa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata:
Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:

"Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai". Surah Al Baqarah - ayat 223.

Keterangan:
Suami diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).

BERSETUBUH MENDAPAT PAHALA:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
".....dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala".
Para sahabat bertanya:
Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab:
Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa?
Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala. - Hadits Riwayat Muslim.

MENGULANGI PERSETUBUHAN:
Apabila diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.
- Hadits Riwayat Baihaqi.

HAID:
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.
Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran".
Oleh kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.
Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya. - Surah Al Baqarah - ayat 222.

*Jangan mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.

ASALKAN TIDAK BERSETUBUH:
Dari Masruuq b.Ajda'i berkata:
Aku telah bertanya kepada 'Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.
'Aisyah menjawab:
Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).
- Hadits Riwayat Bukhari dalam buku sejarahnya.

Dipetik dari --> http://khasiat.blogspot.com/2005/04/adab-adab-bersetubuh-dalam-islam.html

Jun 27, 2011

bahana copy & paste

Salam kepada semua,

Budaya copy paste atau lebih dikenali sebagai plagiat memang tidak asing dalam dunia blogging. Ada yang copy, pastu dia letak link sumber dari mana. Ada yang copy, pastu mengatakan sendiri itu sumber itu adalah dari dia sendiri. Ada pula yang copy paste entry blogger kegemaran dia dari awal sampai habis. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. Tetapi bukan semua itu yang ingin diceritakan.

Apa yang aku nak cerita kali ini adalah budaya copy paste dari artikel/entry/email mengenai info agama. Yang ini semua perlu berhati-hati mengambil mana-mana artikel yang mengandungi hadis, ayat al-quran, kata-kata nabi. Sebelum mengambil, pastikan dikenalpasti terlebih dahulu dari mana sumbernya.

Paling tidak pun, linkkan saja dari mana website yang artikel itu di copy paste.

Untuk pengetahuan semua, entry yang dipost oleh aku sendiri telah ditegur oleh pihak iluvislam.com. Agak terkejut tapi aku terima dari sudut positif iaitu artikel agama tersebut mengelirukan. Sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan blog aku, tajuk entry tersebut adalah "Air Mata Wanita".

Ditegur dengan cara baik, aku terima dengan sebaiknya. Entry tersebut telah dipadamkan. Sebagai pengajaran yang aku dapat, jangan mudah terpengaruh dengan artikel yang tidak diketahui dalil dan sumbernya. Kene selidik dahulu dari ustaz atau mereka yang lebih mengetahui mengenai ilmu agama seperti sunnah, hadis, ayat al-quran supaya kita tidak terpesong.

p/s:yang baik, datang dari-NYA..yang kurang itu datang dari kelemahan aku sendiri..sekian

petikan dari http://www.zackentry.com/2010/10/bahana-copy-paste-sila-berhati-hati.html

perihal copy & paste

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?”
Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”
Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.

Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

May 14, 2011

Sentap Hati Mak Nak!!

hi, asalamualaikum..ok lets start about working life first..it's been a year now, then aku kene decide either want to stay or not..and I need some advices again..which is so tough coz lot of things to be noted..

aku nak start cite cmne pun xtau dah rase..tp for now mmg aku still tunggu dan lihat..as result maybe isnin or rabu ni br leh tau cmne..for current condition aku rase mmg xnk accept lah..plus aku dah discuss direct ngan actual boss..dia pun mcm kureng ngan latest news and aku pun x berani nak buat decision lagi..kat cni byk sgt game plus kerenah2 yg akan buat aku change my mind lepas kene 'sekolah'..haha

actually aku ade 2 boss..one yg aku attach skrg kat ikram then other one yg actual punye la a.k.a paymaster aku KHS..citer kat cni byk2 pun x byk org boleh fhm..aku ni kire outsource staff la utk ikram..kalo big company byk buat gni coz it involves some development and working environment kot..ops plus nk control financial..pasal if profit getting bad they can release mane2 yg attached ni cmtu je..part of undang2 mmg x salah lah kan..i guess..

tapi nk dijadikan cerite aku ni mmg dah kene cop staff yg going for rewards..FOR SURE I'M NOT..okelah mmg lah nk kene defend kan..skrg dah rase panas kan..logik akal pun takde org yg akan puas hati..then after a year than to be extend with same condition i think enough for me..but for professionalism, i will do the best action to make a good deal..even it's good or bad..but you are the boss with some experiment..sometimes good even better for working life nowadays..but most of the time you such a donkey(as a word that u almost using)..

eh eh eh..byk2 pulak taipan ni aku rase..sambung next time la bile mood menjelma..bye for now, wassalam (mampu habiskan gtu je) hahaha..ade kukesa

Apr 1, 2011

My Friday Starts With Taipan..wooowtt

hi ols, lame x dengar citer kan..moge2 kabar baik hendaknye..asalamualaikum..

eh2, dah cukup 3 bulan pun kan tahun ni..cepat je masa tu jalan..banyak dah perjalanan kite tempuh, berjuta dah ragam kite hadapi(eh tetibe!!)..haha..taipan hari ni aku nk ckp psal lepas dan skrg..ataupun org politik refer dulu dan kini..m.daud kilau siap buat lagu lagi tu..DULU LAIN, SKRG LAIN..ahaaaiii..

susah jugak nak start kalo nak buat cite flashback ni..kadang2 ape yg kite nak ckp tu rase mcm sampah..sebeb takde black and white..org akan nampak pompang je kann..mcm org suke korek2 cite lame2(x same ngan korek idung, korek idung komfem lagi best)..heeee..meh cni aku nk cite..hidup ni x nampak indahnye kalo uols dlm kesedihan..dalam tekanan ataupun dalam keadaan yg negatif senang cite..time tu mulalah, macam2 masalah dtg berantai..end up dia mesti frust habis punye..my option kalo sampai line stress yg paling tegang senang je..buat bodo and jgn bagi ape2 alasan..dengan kate lain shut down habis..tido lagi bagus..kalo x lagi huru hara kot..

bile org bertambah concern susah nk handle bilemana timbulnye sesuatu masalah..suke compare dulu2 lain..kini2 mane da hilang..dah x nampak mana yg baik..nampak yg buruk je kannn..kalo tanye aku mcm aku ckp tu lah..try dan cube cool down..still joking and buat rilek je..so ade masalah ke!!nk jugak kene express like people seems in trouble kan..so nk kene saiko la eh..nk kene ade ayat yg maut2 la eh..gtu bole ke??bole je korg rase kann..

x semua org dapat rase ape yg seseorg tu hadapi..pengalaman org lain2..stress paling byk dtg dari tempat keje..sebab byk prime time berjaga kite dtg dari situ..so kalo pandai handle selamat lah jiwe raga..kalo x habis org kanan kiri tepi belkg terime tempiasnye..pukul gendang bunyi rebana, pukul tong drum bunyi besinye..

mcm pepatah melayu cakap, kite hidup ni biar jd aur dengan tebing..saling memerlukan dan memahami..tapi arus aur pun boleh menghakis tebing kan..wallahualam, wassalam..

p/s: eh velogue yg lifeasdotdot tu dah close ke..alamat ni stress habis la kann..anyway, APRIL FOOL..see u soon..bye